NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Walaupun didenda, tindakan Zul Ariffin dipuji

Sepang: "Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya 'malaikat', saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa."

Itu kata pelakon popular Zul Ariffin, 35, yang didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.

Zul berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan susulan terhadap pihak dipercayai memintanya memuat naik video itu.

Zul yang mengenakan sut berwarna kelabu ketika ditemui berkata, kes yang menimpanya dapat dijadikan pengajaran kepada pelakon lain sebelum ingin membuat sebarang promosi untuk setiap karya terbaharu.

"Kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan itu, jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua orang di luar sana termasuk pelakon.

"Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh. Muat naik gambar 'selfie' pun sudah memadai. Tak rugi apa pun," katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia memilih untuk tidak memanjangkan kes ini dan mengaku bersalah dan berharap perkara ini berakhir di sini selain enggan membazir masa mana-mana pihak.

"Saya lega dengan keputusan ini. Walaupun saya tak pernah berdepan dengan situasi ini iaitu terbabit dengan kes besar di mahkamah, tapi dengan nasihat peguam dan sokongan daripada rakan-rakan yang hadir saya sangat terharu.

"Saya ingatkan tiada yang akan datang beri sokongan tapi Alhamdulillah ramai yang hadir termasuk rakan media. Saya enggan bazir masa mahkamah atau sesiapa. Jadi saya memilih mengaku bersalah kerana saya yang memuat naik video terbabit.

"Jika tidak, perkara ini akan terus berlanjutan dan saya tak nak hidup dengan rasa yang begitu. Jadi langkah terbaik saya anggap ini kesalahan atas kelakuan saya selain rasa bersalah kepada Allah," katanya.

Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.

Zul membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, Zul yang menggunakan Instagram bernama @zul_ariffin secara sedar membuat dan memulakan penghantaran video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Sumber | HM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo