NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wahai ahli politik! Ini yang kami nak!

Sekadar nasihat buat semua parti politik. Saya bercakap atas kapasiti "apa kami nak". 

Kami tak nak dah fikir tentang berapa banyak dapat TPM, kami juga tak kisah sangat pasal gaji menteri kena potong, juga kami tak berapa nak peduli tentang royalti minyak.

Yang kami peduli ialah:

1. Kos sara hidup perlu ada penurunan. Ini nak beli telur pun berfikir 10 kali. 

2. Makanan dan perubatan sentiasa kena ada. Tak mahu dengar dah tak ada tepung, tak ada telur, tak ada ayam bagai, sekarang siap ubat sana sini tak ada. Jelas menakutkan. 

3. Pengangguran perlu diselesaikan segera. Peluang pekerjaan mesti sama seperti peluang masuk ke universiti. Ini tidak, keluar je U, gaji tak setimpal, peluang kerja hauk nan ado.

4. Hapuskan scammer yang tak habis menipu ibu bapa kami di kampung-kampung atau di mana-mana.

5. Hapuskan rasuah, tak mahu dengar dah kes-kes rasuah bermaharajalela dan menjadi punca kepada kenaikan harga sana sini.

6. Anak muda diberi peluang dalam memimpin dan memberi idea di dalam kerajaan. 

7. Yuran pembelajaran di sekolah dah universiti wajar dikurangkan. 

8. Cukai ke atas rakyat wajar dikurangkan. 

9. Tiada pemimpin yang masih didakwa di mahkamah boleh menjadi wakil rakyat. Ia mesti telus dan wajar ada akta yang menghalang mereka ini menjadi wakil rakyat dan berada di mana-mana dewan rakyat / dewan negara. 

10. Perbaiki infra dalam bentuk jalan raya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Baiki! Jangan duk cakap saja nak baiki, tapi haukkkkk. 

Ha ini, ini kami nak. Tunggulah lagi 21,000,000 rakyat tulis apa kami nak.

Cakap terang, kami dah menuju ke arah melihat personaliti bukan lagi parti. Jadi siap sedia boleh jadi tiada parti majoriti. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rakyat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo