NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tommy Thomas dipercayai lakukan 4 kesalahan, kata Ismail


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata bekas peguam negara Tommy Thomas, dipercayai melakukan empat kesalahan berdasarkan siasatan terhadap kandungan buku memoir "My Story: Justice In the Wildernes", yang ditulisnya.

Beliau berkata kesalahan itu melibatkan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Untuk tindakan, kita ada empat kesalahan yang dijangka dia melakukan kesalahan…ini kita serah kepada pihak berkuasa berkaitan, kalau kes SPRM, SPRM akan siasat, kalau Kanun Keseksaan, pihak polis akan siasat,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas peguam negara itu.

Ismail berkata laporan siasatan ke atas memoir Thomas yang disediakan pasukan petugas khas, telah dinyahklasifikasikan dan sesiapa sahaja boleh melihat laporan tersebut, melalui laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Ismail berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan monsun timur laut 2022, di Bukit Aman hari ini.

Ditanya tindakan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu Thomas itu, Ismail berkata beliau tidak pasti mengapa mereka "berdiam diri".

“Saya tak tahu kenapa diam. Biasanya kalau dia rasa bersalah dia diam, tetapi saya pun tak tahu dalam kes ini kenapa (diam),” katanya.

Buku yang diterbitkan pada Januari 2021, telah menimbulkan kekecohan pelbagai pihak hingga mengakibatkan kira-kira 244 laporan dibuat oleh individu mahupun kumpulan terhadap Thomas dan buku itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo