NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan Mohd Rafiq tak jejaskan BERSATU Melaka

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop

MELAKA: Tindakan Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen keluar parti itu hari ini tidak membabitkan ahli jawatankuasa dan sayap BERSATU Bahagian Tangga Batu.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop menegaskan, tindakan dan kenyataan Mohd Rafiq adalah bersifat peribadi dan sama sekali tidak menjejaskan persediaan BERSATU menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"BERSATU Melaka mengambil maklum peletakan semua jawatan dan keahlian BERSATU Mohd Rafiq. Tindakan dan kenyataan beliau bersifat peribadi dan tidak membabitkan ahli jawatankuasa serta sayap BERSATU Bahagian Tangga Batu.

"BERSATU bahagian kekal komited dan kukuh bersama-sama parti," katanya dalam kenyataan malam ini.


Sehubungan itu, Mohd Yadzil berkata, BERSATU Melaka kukuh menyokong kepemimpinan Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, BERSATU negeri juga komited menyiapkan jentera parti dan PN bagi menghadapi PRU15. 

"Kami berikrar terus bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan PN menang, walau siapa pun calon bakal diumumkan pucuk kepemimpinan pusat tidak lama lagi," katanya.

Mohd Rafiq dilaporkan mengumumkan keluar BERSATU berkuat kuasa serta-merta, hari ini pada sidang media di Pantai Puteri, di sini.

Ia berikutan beliau tidak dicalonkan BERSATU pada PRU15 bagi kerusi Parlimen Tangga Batu, walaupun sudah enam tahun berkhidmat di kawasan itu sejak 2016.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden BERSATU, Pengerusi PN Parlimen Tangga Batu, Ketua BERSATU bahagian Tangga Batu dan Ketua BERSATU Cawangan Cheng.

Surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Muhyiddin beberapa hari lalu.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo