NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak semua perjuangan perlu jadi calon PRU, Anwar jawab Tian Chua


BANGI:
Tidak semua pemimpin PKR yang mahu berjuang dalam parti perlu menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Anwar Ibrahim.

Beliau berkata muka-muka seperti golongan generasi baharu perlu diberi peluang untuk bertanding dalam PRU kali ini.

“Saya ingin tegaskan (kepada) Tian Chua, tidak semua perjuangan itu harus melalui jalur pilihan raya.

“Kita perlukan sokongan tokoh-tokoh lama ini dalam parti untuk terus bimbing anak-anak muda,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Muktamar Nasional kali ke-16, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas naib presiden PKR Tian Chua yang memberi amaran bahawa langkah PKR untuk menggugurkan beberapa Ahli Parlimen menjelang PRU15 boleh menjejaskan parti.

Tian Chua berkata, terdapat ramai yang kecewa dengan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti di beberapa kerusi.

Antara bekas Ahli Parlimen PKR yang tidak akan mempertahankan kerusi mereka termasuk, Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), R Sivarasa (Sungai Buloh), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), June Leow (Hulu Selangor), Johari Abdul (Sungai Petani) dan Chan Ming Kai (Alor Setar).

Dalam pada itu, Anwar bagaimanapun berkata,

“Semalam saya jumpa dia sebentar dengar pandangan beliau.

“Sepertimana saya sebut dalam ucapan (pengumuman calon PKR semalam), tidak boleh semua dikekalkan. Kalau dikekalkan semua orang beri sumbangan jadi generasi baru tak mungkin bangkit,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo