NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

The koyak army : Rakyat Israel perli netizen Malaysia

Isu Mossad: Rakyat Israel perli netizen Malaysia – ‘The koyak army’. Beberapa hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan sebuah operasi perisikan yang dijalankan oleh Mossad di negara ini.

Operasi yang dijalankan oleh agensi perisikan Israel ini mensasarkan rakyat Palestin yang tinggal di sini dan dipercayai mempunyai hubungan dengan organisasi pejuang kebebasan Palestin, iaitu Hamas.

Dalam laporan The Vocket semalam, difahamkan bahawa seorang rakyat Palestin telah diculik oleh Mossad. Penculikan ini dipercayai dilakukan dengan kerjasama rakyat Malaysia yang diupah oleh agensi risikan Israel tersebut. Mereka menculik serta mencederakan mangsa bagi mendapatkan maklumat mengenai organisasi Hamas.
Tindakan rakyat Malaysia yang bekerjasama dengan ejen Israel ini telah dikutuk oleh sebahagian pengguna maya. Bagi mereka, tindakan rakyat Malaysia yang bersetuju melakukan kerja kotor bersama Mossad adalah satu pengkhianatan yang besar kepada negara. Sebahagian pula menyatakan bahawa mereka ini dikaburkan dengan duit.

Bagaimanapun, bagi rakyat Israel, laporan mengenai operasi Mossad yang dijalankan di Malaysia adalah sebuah jenaka. Seorang rakyat Israel dan juga wartawan di sana turut memerli Malaysia dengan berkata bahawa berita ini telah membuatkan rakyat Malaysia menjadi takut. Dalam muat naik itu, Hananya Naftali turut memerli ‘koyak army’.

“Berita hangat di Malaysia: Rangkaian Mossad berada di negara ini sebagai sebahagian daripada perang global menentang Hamas dan ahli Jihad Islam. ‘Tentera Koyak’ ketakutan,” katanya dalam satu muat turun di Facebook peribadi beliau.

Tidak pasti adakah ini jenaka atau sekadar gurauan daripada Naftali, tetapi ini bukanlah kali pertama beliau berjenaka soal Malaysia. Terdahulu, sewaktu perang diantara Israel dan Palestin berlangsung, Naftali turut diserang oleh netizen Malaysia dan dia diperli oleh rakyat Malaysia kerana ‘koyak’ – perkataan yang sering diguna oleh anak muda zaman sekarang dalam mengambarkan seseorang yang tidak tahan apabila diherdik.

- ohviralnews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo