NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suspek tembak MH17 komander tentera Rusia


Kyiv:
Rakyat Ukraine melancarkan kempen dalam talian bagi mengumpul dana bagi membiayai pembelian dron, senjata, sistem internet Starlink serta peralatan lain untuk membantu tentera mereka melawan tentera Rusia.

Kempen dana itu dilancarkan Sabtu lalu turut bertujuan untuk menangkap Igor Girkin, ketua puak pemisah yang disokong Kremlin semasa pencerobohan pertama Vladimir Putin ke atas Ukraine pada 2014.

Girkin juga adalah salah seorang daripada empat suspek yang dibicarakan di sebuah mahkamah Belanda atas dakwaan membunuh berhubung pesawat MH17 di sebuah mahkamah di Belanda, lapor Financial Times.

Menurut laporan media, Girkin, 51, yang juga bekas menteri pertahanan di Republik Rakyat Donetsk (DNR) sebelum ini adalah pengkritik lantang Kremlin berhubung kempen Ukraine.

Namun, bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) itu kini dilaporkan dilantik sebagai komander barisan hadapan bagi tentera Rusia.

Aktivis Ukraine, Serhiy Sternenko yang mengetuai usaha itu berkata, setakat petang Ahad lalu, jumlah yang berjaya dikumpul bernilai lebih AS$150,000 (RM707,325).

Gabenor wilayah Luhansk Ukraine, Serhiy Hayday dan pemain tenis Sergiy Stakhovsky adalah antara individu yang menderma sejumlah besar wang.

"AS$10,000 (RM47,155) daripada saya.

"Penjenayah mesti menjawab jenayahnya (bertanggungjawab)," ciapnya menerusi di Twitter.

Beberapa jam kemudian, Pejabat Perisikan Pertahanan Ukraine (GUR), membuat ciapan poster orang dikehendaki yang memaparkan imej Girkin.

"GUR menjamin AS$100,000 (RM471,550) untuk mereka yang berjaya menangkap Girkin," katanya.

Girkin baharu sahaja dilantik sebagai komander pasukan barisan hadapan Russia untuk bertempur di Ukraine.

Khabar angin itu terjawab selepas isterinya, Myroslava Reginska menyiarkan foto bersamanya dalam pakaian tentera di saluran Telegram miliknya, Sabtu lalu hingga ia tular.

Lantikan jawatan itu mencetuskan usaha Ukraine untuk meningkatkan lagi senarai pembiayaan dana untuk menangkapnya.

Media sebelum ini melaporkan Girkin antara empat individu yang didakwa atas tuduhan membunuh berhubung insiden MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia pada 2014.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang serta anak kapal terbunuh.

Mahkamah Belanda yang mengendalikan perbicaraan itu dijangka mengeluarkan keputusannya bulan depan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo