NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sunak dilantik Perdana Menteri baharu Britain


LONDON:
Rishi Sunak, 42, dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu Britain, hari ini, selepas menghadap Raja Charles III di Istana Buckingham dan menerima titah untuk membentuk kerajaan.

Beliau bukan saja menempa sejarah sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, malah merupakan pemimpin termuda menerajui pentadbiran negara ini dalam tempoh lebih 200 tahun.

Terdahulu, Raja Charles III menerima peletakan jawatan itu secara rasmi daripada Liz Truss.

Sunak dijangka memulakan pelantikan anggota Kabinet beliau dengan segera, sekali gus bersiap siaga memfokus tugasan penuh mencabar untuk menangani krisis ekonomi yang menyebabkan jutaan rakyat Britain bergelut menampung kos sara hidup kini.

Selain itu, beliau yang juga Perdana Menteri ketiga daripada Konservatif dalam tempoh tahun ini saja, memikul tanggungjawab berat untuk menyatupadukan semula ahli parti pemerintah berkenaan.

Sementara itu, Truss yang mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis lalu selepas hanya beberapa minggu dilantik menduduki jawatan teraju pentadbiran Britain, menyampaikan ucapan terakhirnya di luar 10 Downing Street sebelum meninggalkan pejabat rasmi Perdana Menteri, hari ini.

"Negara kita terus berjuang mengharungi 'badai ribut'. Namun, saya percaya kepada Britain. Saya percaya kepada rakyat Britain. Saya tahu 'hari lebih cerah' sedang menanti di hadapan," katanya.

Sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Sunak, Truss bagaimanapun menekankan bahawa beliau tetap percaya kepada ideologi rendah cukai bersama pertumbuhan tinggi yang cuba diketengahkan bawah kepimpinannya sebelum ini.

"Sejak menjadi Perdana Menteri lagi, saya berkeyakinan bahawa kita perlu berani dan harus mendepani cabaran yang dihadapi. Ia bukanlah perkara sukar yang menyebabkan kita tidak berani. Sebaliknya, kita tidak berani itulah yang menyebabkan ia sukar," katanya. - AGENSI



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo