NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cantik Bertudung, Netizen Doa Zarina Anjoulie Kembali Buka Hati Untuk Berhijab


Baru-baru ini, penampilan pelakon Zarina Anjoulie yang mengenakan tudung berwarna merah jambu di media sosialnya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, Anju telah memuat naik videonya yang sedang membuat ‘review’ makanan dari sebuah restoran terkenal, Din Tai Fung sebelum berangkat ke Kelantan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Anju, dia masih belum berhijab sepenuhnya, namun mempunyai hasrat untuk berhijrah dalam masa terdekat.

“Mesti ramai yang tanya, saya dah pakai tudung ke? Belum, tapi kita nak pergi Kelantan kan. So, kita respect lah.

“Tapi, I’ve been thinking juga. Maybe soon saya pakai. Doa-doakan okay,” katanya.

@zarinaanjoulie_

din tai fung !!!

♬ original sound – Zarina anjoulie

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terpegun melihat kecantikan pelakon itu berhijab dan mendoakan agar terbuka hatinya untuk berhijrah.

“Elok gini. Sopan pakai gini. Sedap mata memandang. In Shaa Allah mintak terbuka hati Anju untuk ubah penampilan ke arah yang lebih baik satu hari nanti.

“Wow. Tudung really suits you… extremely beautiful looks like Arabian lady.

“Cantiknya Anju pakai tudung, saya tak pernah Komen Anju tapi kali ni memang cantik.

“Isma doakan kak anju teruskan niat nak pakai hijab tu ya,” komen netizen.

Sebelum ini, Anju pernah berhijab tetapi telah membukanya pada tahun 2019.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo