NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sisi gelap ekonomi gig

π—¦π—œπ—¦π—œ π—šπ—˜π—Ÿπ—”π—£ π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ π—šπ—œπ—š

Siapa masih ingat tentang isu mogok yang dilakukan oleh rider sehingga semua penghantaran makanan tertunda dan lewat?

Kemudian viral pula tentang 72% graduan SPM tolak sambung belajar dan memilih untuk jadi influencer.

Ekonomi gig yang mula dikenali pada tahun 2008 ini telah menjadi semakin popular sejak pandemik COVID-19 kesan daripada kegawatan ekonomi dan perkembangan teknologi.

Waktu bekerja yang fleksibel dan pendapatan yang lumayan menjadi faktor pendorong kepada mereka yang ingin mendapatkan pengalaman bekerja tanpa memerlukan kemahiran tinggi.

Namun di sebalik kelebihan yang ditawarkan, terdapat kekurangan dan sisi gelap yang terpaksa ditelan oleh pekerja gig. 

Meskipun ekonomi gig telah diiktiraf sebagai sumber pembangunan ekonomi baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) 2021-2025, tetapi masih banyak kelopongan berkenaan jaminan kestabilan dan kesejahteraan ekonomi gig ini.

Sehingga kini, masih belum ada undang-undang khusus yang menyelia dan mengawal pekerjaan bidang ekonomi gig seperti mana Akta Kerja 1955 (Akta 265). 

Kesannya, pekerja gig tidak dapat menikmati kelebihan sebagaimana pekerja lain termasuk faedah gaji minimum yang disyaratkan kerajaan.

Ditambah pula dengan pendapatan yang tidak stabil dan konsisten, ia memberi kesan besar kepada pekerja gig yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ekonomi gig.

Tidak dinafikan ada pekerja gig yang memperoleh RM6,000-RM7,000 sebulan. Tetapi ini hanya berlaku kepada sebilangan kecil sahaja. Selebihnya, mungkin sekadar dapat menampung keperluan seharian. 

Ini belum ditambah dengan isu pekerja gig yang sering menjadi mangsa eksploitasi oleh syarikat penyedia. Hak-hak pekerja yang tidak dilindungi oleh akta menjadikan mereka seolah-olah ‘hamba’ yang tiada hak untuk bersuara.

Siri-siri mogok yang telah dilakukan oleh pekerja e-hailing terutamanya menjadi bukti akan penindasan yang berlaku dalam sistem pekerjaan itu. 

Menjadi kebimbangan utama juga dalam bidang ekonomi gig ini adalah berkenaan hala tuju dan “career development” untuk pekerja. 

Kebajikan semasa tidak dijaga, kelebihan untuk masa hadapan pun tidak ada. Contohnya, seorang rider FoodPanda sepenuh masa akan sentiasa menjadi rider dan sukar untuk naik pangkat walaupun mempunyai ijazah.

Bagaimana pula dengan simpanan di hari tua?

Sudahlah waktu muda perlu bekerja keras, berpanas, berhujan, tiba-tiba pada hari tua tiada faedah yang diperoleh.

Itulah keadaan yang akan dialami oleh pekerja gig ini dalam tempoh jangka panjang. Pendapatan tidak tetap menyukarkan mereka menyimpan dengan konsisten apatah lagi menabung untuk persaraan.

Nyatanya, kesejahteraan pekerja gig dalam negara ini pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan kerajaan yang #BersihdanStabil untuk mengatasi masalah ini.

Profesyen ekonomi gig mungkin telah membuka peluang pekerjaan yang besar tetapi adakah ia dapat membantu kehidupan rakyat?

Kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam sektor ini, apakah harapan kalian?

Tawaran serta jaminan untuk sambung belajar? Peluang untuk mencarum dalam KWSP seperti pekerja-pekerja yang lain? Atau apa yang sebenarnya sedang bermain di fikiran kalian? 

Kongsikan, kami sedia mendengar.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#BersihdanStabil 
#PASBerintegriti 
#MalaysiaSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo