NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sempena Deepavali, KPM beri cuti tambahan 2 hari


Bersempena cuti perayaan Deepavali yang akan disambut 24 Oktober ini, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan cuti tambahan selama dua hari kepada sekolah-sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi kategori Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Manakala kategori Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tarikh penting cuti Deepavali berserta dua hari cuti tambahan yang diberikan, Sinar Bestari kongsikan sebagai panduan bersama.

Cuti Deepavali

  • 22 Oktober 2022 (Sabtu)
  • 23 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
  • 24 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti Deepavali
  • 25 Oktober 2022 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A dan B kecuali Sarawak)
  • 26 Oktober 2022 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

Akhir sekali, Sinar Bestari menasihatkan kepada ibu bapa, guru dan pelajar yang ingin pulang ke kampung atau bercuti dapat merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber | SinarHarian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo