NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya ditangkap komando Israel tapi tak dabik dada macam Anwar - Peja


Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menempelak bakal lawannya dalam pilihan raya umum (PRU) bulan depan Anwar Ibrahim dalam isu sokongan terhadap Palestin.

Dia menasihatkan presiden PKR tidak takabur dengan mengelar dirinya sebagai “pejuang nombor satu Palestin”.

Katanya, dia sendiri pernah ditangkap oleh rejim Israel pada 2010 tetapi tidak pernah pun mendabik dada seperti itu.

"Pertama, saya menyeru agar Anwar atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takabur dengan menggelar diri sebagai pejuang nombor satu Palestin.

Kapal MV Rachel Corrie

"Saya sendiri telah ditangkap oleh tentera komando Israel pada tahun 2010 bersama lima orang aktivis Malaysia ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. 

“Tetapi saya tidak pernah menepuk dada dan menggelar diri sebagai pejuang palestin nombor satu,” kata Faizal.

Pada Jun 2010, kapal MV Rachel Corrie ditawan Israel selama sehari ketika dalam pelayaran ke Gaza.

Enam aktivis keamanan Malaysia berada atas kapal itu, termasuk Faizal yang mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO).

Anwar dalam protes anti-Israel di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 4 Jun 2010

MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, ditawan dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Anwar sebelum ini dilapor berkata dia adalah pejuang nombor satu rakyat Palestin, ketika menjawab tuduhan pro-Israel yang dilemparkan Faizal padanya.

Faizal pada 22 Oktober merujuk kepada wawancara Anwar dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetik dia sebagai menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Sementara itu, Faizal dilihat mempertikai kenyataan Anwar bahawa dia rapat dengan pemimpin terkemuka Palestin Yasser Arafat. 

"Jika benar, kenapa susah sangat bagi beliau untuk menarik balik kenyataan kontroversinya yang menyokong jaminan keselamatan kepada Israel manakala yang ditindas dan dibunuh harian adalah rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak?

"Saya menyeru Anwar perdana menteri Pakatan Harapan (PH) untuk segera menyatakan sama ada beliau akan menarik balik atau tidak kenyataan tersebut. 

“Rejim Israel harus mendapat mesej yang amat jelas bahawa pemimpin negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dengan mereka," katanya.

Anwar akan bertemu Faizal di parlimen Tambun. Pendekatan itu antara strategi mereka yang menjadikan Perak sebagai barisan hadapan pertempuran dalam PRU kali ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo