NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Air pasang besar landa Kedah, lebih 50 kediaman dan kedai terjejas

ALOR SETAR: Sebanyak 37 rumah dan 19 kedai sekitar Taman Seri Putra, Kuala Kedah, dekat sini terjejas dilanda air pasang besar, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata beberapa rumah di sepanjang Jalan Tok Pasai, Kuala Kedah turut dimasuki air.

Beliau berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar yang melakukan pemantauan di sekitar Kuala Kedah, mendapati antara kawasan terjejas adalah Terminal Feri Kuala Kedah dan Pasar Kota Marina.

"Anggota kami melakukan pemantauan pada jam 1.30 pagi hingga 3 pagi tadi sebelum air laut beransur surut. Ketika air pasang besar, tiada hujan atau angin kencang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian pagi tadi adalah yang ketiga sejak Rabu lalu apabila paras air laut meningkat kepada 2.98 meter (m) pada hari pertama dan hampir tiga meter pada hari kedua semalam dan hari

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo