PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Mersing Abd Latiff Ahmad sedia berundur untuk memberi laluan kepada calon lebih “bertenaga” mewakili Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, dirinya tiada masalah jika tidak dicalonkan dan sedia melabuhkan tirai perkhidmatan sebagai wakil rakyat selama 35 tahun selain memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan persekutuan.
Katanya, tidak timbul isu beliau takut berdepan kekalahan pada PRU15 dan menjelaskan Parlimen Mersing mempunyai ramai bakat baharu.
“Dah lama saya bersedia (untuk) berundur. Tak ada hal kalau tak dicalonkan, saya sudah sampai kepada klimaks.
“Pemimpin ini salah satu sama ada dia sudah nampak ‘exit door’ (pintu keluar), dia pergi atau orang tunjuk ‘exit door’. Biar saya pergi dan nampak ‘exit door,” katanya menurut Berita Harian.
Pada pilihan raya umum 2018, Latiff yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan memperoleh 19,806 undi, menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR.
Namun, beliau keluar Umno pada Disember 2018 sebelum menyertai Bersatu pada Februari 2019.
Beliau dilantik menteri pembangunan luar bandar di era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan menteri tugas-tugas khas dalam Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment