NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sasaran 10 kerusi BN di Kedah cuma angan-angan, kata Sanusi


Menurut Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan sasaran BN untuk menang sekurang-kurangnya 10 daripada 15 kerusi parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebagai angan-angan.

Pemimpin PAS itu berkata, ini kerana rakyat Kedah tidak mahu BN memerintah semula negeri tersebut.

"BN boleh sasarkan berapa saja kerusi depa nak menang.

"Tapi, kena hadapi realiti orang Kedah yang tak mahu dah kat BN," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN sasar 10 kerusi parlimen di Kedah yang kini di bawah pemerintahan PAS.

Terdahulu, Zahid memberitahu bahawa BN akan mewujudkan pasukan khas untuk 10 kawasan parlimen itu, bagi memastikan sasaran untuk memenangi kerusi berkenaan boleh dicapai.

Ditanya sama ada sasaran itu mampu dicapai memandangkan BN sebelum ini hanya menang dua kerusi parlimen, Zahid berkata ia bukan sasaran yang berlebih-lebih tetapi merupakan cita-cita yang amat wajar.

Dia berkata demikian selepas menghadiri Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran yang diadakan di Dataran Seri Serdang di Bandar Baharu, Kedah, semalam.

Sementara itu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran Zahid itu berbeza dengan Umno negeri Kedah.

"Zahid yang duduk di Kuala Lumpur kata sasaran 10 parlimen.

"Timbalan pengerusi Umno Kedah (Othman Aziz) yang duduk di Kedah kata lapan parlimen sahaja.

"Nampak tak tahap keyakinan yang asli dan yang angan-angan," katanya.

Dilaporkan, Othman baru-baru ini berkata bahawa BN Kedah sasar lapan kerusi parlimen pada PRU15 nanti.

Pada PRU14 yang lalu, Umno hanya menang dua kerusi parlimen di negeri itu iaitu Baling dan Padang Terap.

Sementara PAS menang tiga kerusi parlimen masing-masing Pendang, Jerai dan Sik.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo