NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saarani calon MB Perak jika BN kuasai negeri


BANYAK JANJI UMNO/BN SEBELUM INI KENCING BELAKA...


BAGAN DATUK:
Barisan Nasional ingin menamakan semula Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan itu memenangi Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia nanti tertakluk kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahmad Zahid berkata, Saarani yang juga Pengerusi BN Perak dan Pengerusi UMNO Perak menunjukkan kecemerlangannya sepanjang menerajui pentadbiran di Perak.

"Saya ulangi.... kita akan mohon perkenan Tuanku (Sultan Nazrin), memohon supaya Saarani menjadi Menteri Besar Perak semula (selepas PRU15). Beliau antara Menteri Besar Perak yang cemerlang.

"Dahulu pada zaman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Setiausaha Agung BN) menjadi Menteri Besar Perak pun cemerlang juga dan BN kuat pada masa itu namun kita kecundang akibat tsunami politik," katanya sewaktu berucap di hadapan jentera Barisan Nasional (BN) dalam Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Saarani mengesahkan hanya mahu kekal di kerusi DUN sekali gus enggan namanya dicalonkan bertanding kerusi Parlimen, di samping membayangkan ingin bakal kembali menjadi Menteri Besar selepas PRU15.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo