NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rusuhan penyokong liga kampung, polis mulakan siasatan



HULU TERENGGANU:
Hampir 30 orang penyokong bola sepak terlibat dengan insiden pergaduhan selepas tamat perlawanan Liga Kampung di daerah Hulu Terengganu, pada petang Sabtu.

Tindakan penyokong itu mengakibatkan pagar di bahagian padang rosak dan cermin kedai makan berhampiran padang turut pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud, provokasi antara penyokong kedua-dua belah pasukan berlaku selepas perlawanan tamat di luar kawasan padang.

Susulan itu kira-kira jam 6.55 petang Sabtu, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan meleraikan kekecohan.

Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat daripada kejadian yang berlaku.

Tambah Mohd Adli, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sebelum itu telah berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua buah kampung di daerah Hulu Terengganu yang berkesudahan dengan Kampung Matang FC menang dengan jaringan 1-0 menentang Bima FC.

Mengulas lanjut Mohd Adli berkata lagi pihaknya juga sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak yang terlibat ke IPD Hulu Terengganu untuk menjalankan siasatan berkaitan kejadian.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat laporan polis.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo