NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Russia perlu 2 hingga 4 tahun tahun untuk kembalikan kekuatan tentera

Menteri Pertahanan Estonia, Hanno Pevkur, pada sidang media di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto AFP

WASHINGTON: Menteri Pertahanan Estonia, Hanno Pevkur menjangkakan, Russia mungkin memerlukan dua hingga empat tahun untuk membina semula kekuatan tenteranya di Ukraine.

Sehubungan itu beliau menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan berterusan untuk membendung keghairahan Moscow untuk menawan Ukraine.

Dalam lawatan ke Washington, Pevkur turut meramalkan perang yang panjang dan menggesa Barat untuk berdiri bersama Ukraine sehingga mereka mencapai kemenangan untuk 'dunia bebas'.

Pevkur berkata, Russia kini mula beralih kepada dron kamikaze yang dibekalkan Iran sebagai senjata utama serangan di Ukraine.

Beliau juga memaklumkan ada mendengar laporan bahawa sebahagian besar senjata Moscow tidak dapat digunakan atau gagal berfungsi di lapangan selepas terlalu lama disimpan.

Antara lain, katanya, sistem pertahanan udara S-300 diguna bagi melancarkan peluru berpandu biasa dan kebanyakannya meletup di udara sebelum sampai ke sasaran kerana sudah terlalu tua.

"Hakikatnya, Russia memerlukan masa dua hingga empat tahun untuk memulihkan beberapa keupayaan, bahkan mencapai keupayaan menyamai yang mereka ada sebelum perang," katanya kepada wartawan di Amerika Syarikat (AS).

Tambah beliau, sekatan Barat juga menjejaskan pengeluaran kapal terbang dan penyelenggaraan helikopter dengan menghalang Russia daripada mendapatkan komponen utama.

"Apabila kita boleh mencari cara baharu bagi mengekang kegiatan Russia menerusi sekatan, kita perlu melakukannya dengan segera," katanya.

Pevkur, yang bertemu Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, turut memberi amaran bahawa Russia masih mempunyai kapasiti untuk melakukan serangan, termasuk terhadap anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) seperti Estonia.

Bagaimanapun, beliau menafikan kemungkinan serangan nuklear, ancaman yang dikeluarkan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin, ketika beliau mengisytiharkan penjajahan wilayah Ukraine.

Katanya, Russia sudah 'menghadirkan ketakutan kepada Ukraine' dengan serangan konvensional.

"Saya tidak nampak apa-apa nilai tambahan yang positif kepada Russia (menerusi serangan nuklear).

"Satu-satunya perkara - apa yang boleh berlaku ialah mereka akan kehilangan penyokong senyap mereka seperti China atau yang lain kerana itu," katanya. - AFP





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo