NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rombakan sistem pendidikan negara demi masa depan Malaysia


DEWAN
Pemuda PAS Malaysia mengikuti rapat kes guru-guru yang dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana menzahirkan pandangan terhadap masalah pendidikan negara.

Pemuda PAS berpendirian, guru-guru sewajarnya tidak boleh disekat daripada bersuara dan berpendapat, khususnya dalam aspek pendidikan yang menjadi bidang tugas mereka. Peranan guru-guru dalam mendidik anak bangsa tidak hanya terhenti pada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sahaja, bahkan, kebajikan anak murid juga turut akan menjadi tumpuan oleh guru-guru yang ikhlas dan cakna.

Sesungguhnya, peristiwa ini sewajarnya menyedarkan kita, bahawa sistem pendidikan negara memerlukan sebuah reformasi baharu yang menyeluruh. Melihat kepada silibus yang tidak bersesuaian dengan perkembangan kognitif kanak-kanak, isu beg berat serta keciciran murid-murid pasca pandemik COVID-19, situasi ini tidak wajar dipolitikkan dan seharusnya menjadi keutamaan bersama semua pemegang taruh.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS menegaskan bahawasanya sebarang campur tangan politik dalam urusan kerja kerajaan, khususnya yang membabitkan kemaslahatan awam adalah tidak wajar dan tidak boleh dikompromi. Ruang dan peluang yang bebas perlu diberikan kepada badan berautoriti dalam menentukan segala keputusan berteraskan kepada penilaian yang dibuat. Inilah yang ditekankan PAS dan Perikatan Nasional sepanjang berada di dalam pentadbiran kerajaan, memastikan ketelusan dan integriti, serta tiada campur tangan politik dalam soal pentadbiran demi Malaysia yang bersih dan stabil. 

Pemuda PAS menzahirkan solidariti buat semua warga pendidik anak bangsa yang terus tekun dan tabah menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita semua. Kita yakin, kesemua para pendidik negara amat menyayangi serta menitikberatkan kemenjadian anak murid mereka. Oleh sebab itu, kami menyeru semua parti politik, agensi kerajaan serta tokoh profesional agar sama-sama mengenepikan perbezaan politik dalam menghasilkan solusi definitif buat sistem pendidikan Malaysia!

USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN 
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo