NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Protes PRU musim tengkujuh punca ahli Umno keluar parti


BACHOK:
Perikatan Nasional (PN) Bachok memulakan gerakan bagi menarik sokongan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi.

Ketua Bersatu Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, kempen itu dimulakan di Bachok kemudian diikuti kawasan Parlimen lain yang dimenangi Umno pada PRU lepas.

Katanya beliau mengajak ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti yang banyak terbabit dengan korupsi dan salah guna kuasa.

“Setakat hari ini kita berjaya menarik lebih 500 ahli Umno bersama kita dan insya-Allah malam ini kita akan anjur program Selamat Tinggal PH di beberapa tempat di Bachok.

“Berdasar banyak pertemuan sebelum ini penyokong PH dan ahli Umno kurang yakin terhadap kepimpinan parti terbabit di peringkat negeri dan pusat,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan berkata, tugas itu agak lebih mudah dilaksana memandangkan sebelum ini beliau aktif bersama Umno.

Menurutnya juga Bersatu memberi tumpuan di Parlimen Gua Musang, Machang dan Ketereh yang dimenangi BN pada PRU lepas.

Beliau juga berkata, antara faktor ahli dan penyokong Umno berminat menyertai Bersatu kerana pembubaran Parlimen dilakukan pada musim tengkujuh.

Kata beliau kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan sekarang tidak dapat turun ke laut kerana keadaan cuaca tidak menentu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo