NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rishi Sunak bakal menjawat jawatan PM UK selepas menang pemilihan Ketua Parti Konservatif

Bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak bakal menjawat jawatan Perdana Menteri United Kingdom selepas memenangi jawatan Ketua Parti Konservatif. - Gambar fail/REUTERS

Bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak bakal menjawat jawatan Perdana Menteri United Kingdom selepas memenangi jawatan Ketua Parti Konservatif.
Kemenangan beliau dimuktamadkan selepas pesaingnya, Penny Mordaunt umum mengundurkan diri.
Sunak telah diisytiharkan sebagai pemimpin Parti Konservatif oleh ketua Jawatankuasa penggubal undang-undang Konservatif 1922, meletakkannya di landasan untuk menjadi perdana menteri negara itu yang seterusnya.
Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab menetapkan peraturan untuk memilih dan menukar pemimpin parti.
Terdahulu, Mordaunt telah mengumumkan berundur daripada persaingan untuk menggantikan Liz Truss, sekali gus membuka jalan kepada Sunak untuk menjadi perdana menteri UK.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo