NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan penyelewengan dalam KPM


SHAH ALAM
- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telah diarahkan untuk segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam kementerian tersebut.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, langkah tersebut dilakukan supaya SPRM dapat menyiasat dakwaan berkaitan penyelewengan membabitkan kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan di bawah KPM.

“Saya menerima hantaran video dibuat Saudara (Datuk) Zaharin (Mohd) Yassin menyatakan bahawa terdapat aduan beliau terima tentang penyelewengan di KPM berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak dan kebersihan bangunan serta kawasan.

“Memandangkan nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan KSU KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Radzi turut berkongsikan video oleh Zaharin yang juga aktivis dan bekas ahli UMNO mendakwa menerima aduan berkenaan aktivis dan bekas ahli UMNO.

Menurut Zaharin, beliau mendapat aduan bahawa tender untuk bekalan makanan bermasak dan pembersihan bangunan serta kawasan di bawah KPM telah dianugerahkan kepada pihak tertentu sebelum SST dikeluarkan.

Dakwa beliau, pemberian kontrak itu difahamkan untuk dana politik.

Pada masa sama, Radzi berharap agar Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima kepada SPRM.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo