NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Majlis Syura lulus semua calon PAS

PUTRAJAYA: Majlis Syura Ulamak telah meluluskan senarai semua calon PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad, sama ada calon yang diluluskan itu bertanding atau tidak adalah persoalan lain.

“Calon sudah ada, yang bertanding atau tidak, soal lain, calon sudah ada. (Majlis) Syura pun sudah luluskan semua dah,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, hari ini. (Foto atas)

Idris bagaimanapun tidak memperincikan mengenai senarai calon berkenaan dan jumlah kerusi yang bakal ditandingi PAS pada PRU15.

Semasa ditanya media adakah akan kembali ke kementerian yang sama jika diberi peluang, beliau berkata itu perlu tunggu pada ‘hari kejadian’.

“Itu tak bolehlah, itu tunggu pada hari kejadian. Kita tak boleh tentukan,” ujarnya.

Pada PRU15, PAS merupakan salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN) selain daripada Bersatu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan Parti Solidariti Tanah AirKU (STAR).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo