NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Aku bukan kafir” - Aaron Aziz jawab komen ukir tatu sementara di leher


PERKONGSIAN
pelakon Datuk Aaron Aziz yang menunjukkan bahagian lehernya dipenuhi tatu bagi menjayakan watak untuk penggambaran filem The Original Gangster mengundang kecaman dalam kalangan peminatnya.

Ada pihak mendakwa, lakaran tatu tersebut dikatakan mempunyai simbol seolah-olah lambang salib yang terletak di tengah-tengah bahagian tengkuk sehingga membuatkan ramai tampil menegur pelakon berasal dari Singapura itu.

Enggan terus berdiam diri mengenai isu diperkatakan, Aaron, 46, menjelaskan lakaran yang disangka salib itu sebenarnya adalah pisau dikenali sebagai dagger dan bahagian dilihat seperti lambang simbol itu adalah pemegang alat senjata berkenaan.

aaron 1

Antara komen yang diterima Aaron.

"Itu bukan salib, itu dagger (pisau). Korang ingat aku kafir ke? Semua pisau mestilah ada batang (pemegang) dia.

"Lainlah kalau aku guna pisau yang buat sapu jem atau peanut butter tu... Itu bukan salib!," katanya.

Aaron menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya.

Sementara itu, Aaron meminta agar netizen bersikap lebih terbuka dan tidak mudah membuat andaian buruk dengan hanya satu paparan yang dimuat naik di laman sosial.

Itu bukan salib!

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

"Cubalah buka minda. Husnuzon sikit," ujarnya ringkas.

Di sebalik isu berkenaan, ramai dalam kalangan peminat pelakon itu meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem terbaharu arahan Syamsul Yusof berkenaan.

aaron 3

Aaron minta peminat tidak cepat menuduh.

"Macam ini pun dah gempak, bila keluar nanti mesti pecah panggung.

"Aaron Aziz kalau bawa watak gangster memang menjadi... Malek is back!," komen netizen.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo