NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: DAP intai Mersing, namun belum putuskan calon Melayu tua atau muda - Sumber

Difahamkan ketika ini pimpinan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu, yang juga merupakan bekas ahli lembaga pengarah sebuah universiti tempatan, tetapi sukar diterima akar umbi memandangkan usianya yang agak lanjut. - Astro AWANI

MERSING: Kepimpinan DAP dijangka bakal mencipta sejarah dengan meletakkan calon Melayu di Parlimen P154 Mersing, Johor, biarpun peluang agak tipis untuk memenangi saingan beberapa penjuru di kawasan itu.
Sumber memaklumkan kepada Astro AWANIbahawa Mersing merupakan sebahagian daripada 52 kerusi yang diperuntukkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sewaktu parti itu di bawah Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lepas.
Selepas beberapa siri rundingan pembahagian kerusi, difahamkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju agar kerusi itu diberikan kepada DAP untuk ditandingi.
“Biarpun umum mengetahui bahawa kerusi Mersing mempunyai majoriti Melayu dan Bumiputera, antara yang tertinggi di Johor, iaitu sekitar 88.9 peratus, namun DAP merasakan ini merupakan peluang untuk mencipta sejarah.
“Difahamkan ketika ini pimpinan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu, yang juga merupakan bekas ahli lembaga pengarah sebuah universiti tempatan, tetapi sukar diterima akar umbi memandangkan usianya yang agak lanjut.
“Akar umbi merasakan lebih sesuai untuk diletakkan calon yang lebih muda dan berkelayakan, mudah untuk mereka berkempen bagi memenangi hati masyarakat di sana,” menurut sumber itu lagi.
Ketika dikongsikan pandangan ini di laman media sosial, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim memberi respons dengan mengatakan kejayaan tidak akan datang dengan sekali percubaan.
Sumber itu selanjutnya berkata, calon muda yang lebih berkelayakan itu merupakan anak kelahiran Batu Pahat, tetapi pengalamannya dalam politik sudah teruji.
“Akar umbi nak orang muda, dan kalau kalah pun boleh masih boleh terus berkhidmat untuk persiapan menghadapi GE16 (Pilihan Raya Umum ke-16), Calon muda tu org Batu Pahat, tapi track record dh terbukti
“Jadi kaedah dia lebih kurang begini. Biar Mersing menjadi daerah baru untuk menguji kekuatan Melayu DAP, dan seterusnya membuang stigma bahawa DAP itu parti perkauman dan sebagainya. Persoalannya sekarang, siapa bakal menjadi taruhan parti, calon yang sudah tua, atau anak muda generasi baharu?” katanya kepada Astro AWANI.
Untuk rekod, pada PRU yang lepas, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, yang ketika itu masih di bawah UMNO – Barisan Nasional, berjaya menewaskan pencabarnya dalam saingan tiga penjuru, dengan majoriti 8,459 undi.
Beliau, yang merupakan Ahli Parlimen Mersing selama lima penggal berturut-turut, menewaskan Ir Md Nasir Hashim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan A Rahman A Hamid dari Pas.
Dr Abd Latiff, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun memberi bayangan beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu kali ini.
"Saya dah bersedia memberi laluan kepada mereka yang lebih bertenaga, dulu sudah jadi wakil rakyat 35 tahun, sudah bertahan sehingga enam penggal, berilah peluang kepada orang muda.
"Dah lama saya bersedia (untuk) berundur. Tak ada hal kalau tak dicalonkan, saya sudah sampai kepada klimaks. Pemimpin ni, sama ada dia sudah nampak 'exit door' (pintu keluar), dia pergi, atau orang tunjuk 'exit door'. Biar saya pergi dan nampak 'exit door,” katanya seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo