NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

EPL: Gol Taiwo Awoniyi pastikan Nottingham Forest aibkan Liverpool

Gol tunggal Taiwo Awoniyi memastikan Nottingham Forest mencipta kejutan menumbangkan Liverpool. - Stadium Astro

NOTTINGHAM FOREST 1 LIVERPOOL 0
GOL tunggal Taiwo Awoniyi memastikan Nottingham Forest mencipta kejutan menumbangkan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di The City Ground malam tadi.
Liverpool bimbingan Jurgen Klopp, yang merupakan naib juara EPL musim lalu, bergelut untuk meraih jaringan sejak awal permainan dan ketinggalan sebaik bekas pemain remaja mereka, Awoniyi, menemui jaringan liga ketiganya musim ini sebelum separuh masa.
Virgil van Dijk memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan buat Liverpool, yang terpaksa akur masih gagal mencatatakan sebarang kemenangan di gelanggang lawan musim ini.
Walaupun kemenangan itu masih gagal mengeluarkan Forest daripada kelompok bawahan liga, ia sekurang-kurangnya mengakibatkan Liverpool ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, sekali gus menyaksikan hasrat mereka untuk merebut kejuaraan musim ini kian kejauhan. -- Stadium Astro


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo