NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU-15: PAS pilih Perikatan Nasional

Kuala Lumpur: PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

"Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu, di sini, hari ini yang berlangsung selama lebih tiga jam.

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU-15.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo