NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN lancar manifesto PRU15 selepas penamaan calon


PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifestonya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada awal November selepas hari penamaan calon, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, segala tawaran bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan kepada rakyat akan diperjelaskan satu demi satu pada hari itu, termasuk komitmen parti melaksanakan apa terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen tetapi tidak sempat diluluskan.

“Kami akan meneliti dan melakukan penambahbaikan terhadap bajet kalau ada keperluan, serta mengutamakan kepentingan rakyat dengan kadar kemiskinan yang kian meningkat, khususnya golongan rentan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini” katanya dalam sidang media di Pagoh.

Muhyiddin berkata, beliau akan mempertimbangkan rayuan sebuah persatuan supaya satu moratorium khas diperkenalkan kerajaan bagi memberi ruang kepada sektor perniagaan mengukuhkan kembali aliran kewangan yang masih tidak pulih akibat keadaan ekonomi semasa.

“Banyak lagi…saya turut cadang pengerusi manifesto kita, Radzi Jidin supaya memaklumkan kepada rakyat bahawa segala perjanjian ini bukan sebagai tawaran sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membentuk satu jawatankuasa bebas terdiri mereka yang memahami soal pengurusan serta kewangan negara bagi meneliti langkah akan diambil untuk tahun akan datang berdasarkan apa yang mereka janjikan.

“Ini boleh menambah keyakinan rakyat bahawa kami ni bukan main-main…tawar bulan, bintang dan matahari tetapi tak buat apa-apa macam kerajaan terdahulu.

“Janji nak buat bantuan, tak buat. Saya tidak boleh buat macam ni, itu tak amanah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal 15 Nov ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mempunyai masalah jika ada pihak ingin mengadakan debat dengannya.

“Sekiranya ia dilakukan secara adil dan teratur, tanpa sebarang muslihat,
saya tiada masalah.

“Nak kata debat ke kalau siapa menganjur secara rasmi dan menjemput saya. Nak bincang isu ekonomi, pendidikan pun boleh…tiada masalah.” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Anwar Ibrahim supaya calon perdana menteri Pakatan Harapan, PN dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena PRU15.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo