NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Kedah mampu menang 15 kerusi


ALOR SETAR : PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah mampu menang di semua 15 kerusi parlimen negeri itu berdasarkan jumlah undian yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 lalu.

Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata perbezaan undi antara calon PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU lalu sangat tipis.

Sungguhpun begitu ujarnya, calon-calon yang bertanding perlu bekerja keras untuk kemenangan di kerusi ditandingi.

“Kita sudah putuskan pembahagian kerusi iaitu lapan kerusi parlimen ditandingi calon dari PAS dan selebih tujuh kerusi diwakili calon Bersatu.

“Sementara Parti Gerakan setakat ini mengatakan belum bersedia meletakkan calon mereka,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, semalam.

Dalam masa yang sama beliau yakin kali ini PN mampu merampas kerusi Parlimen Baling memandangkan pada PRU lalu calon PAS hanya kalah tipis 1,000 undi sahaja.

“Parlimen Baling pada PRU 14, BN menang 38,000 undi berbanding calon PAS 37,000 undi.

“Kita perlu 1,000 undi lagi untuk tewaskan penyandangnya, Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,” tegas beliau penuh semangat.

Justeru Sanusi mengharapkan semua jentera PN dapat bekerjasama untuk memastikan kemenangan ke semua 15 Parlimen yang ditandingi.

Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi PN Perak; Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ahmad Yahaya dan Pengerusi Gerakan Kedah, Marimuthu Selvam.

Selain itu tambahnya, PN juga turut memberi fokus kepada Parlimen Padang Terap yang dimenangi Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti hanya 1,300 undi.

Manakala PN juga komited untuk memberi saingan di Parlimen Langkawi yang kemungkinan akan disertai penyandang sedia ada.

Pada majlis itu Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bakal dibubarkan selepas Hari Raya Aidiladha, Julai tahun hadapan.

“Masa itu dilihat sesuai selepas umat Islam menyambut Ramadan dan Adil Fitri, kemudiannya Aidil Adha pada penghujung Jun,” jelasnya lagi.

Antara yang turut menyampaikan ucapan pada malam berkenaan, Ketua Pemuda PN Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, Timbalan Ketua Wanita PN, Shamsilah Siru dan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Mohd Radhi Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain. Kedah akan menggunakan logo Perikatan Nasional pada PRU kali ini.

Sementara penyerahan panji-panji juga diadakan kepada wakil parti kompenan PN pada himpunan berkenaan. – HARAKAHDAILY 29/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo