NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN bersedia bawa penyelesaian tuntas tangani krisis ekonomi


KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) bersedia membawa penyelesaian tuntas bagi menangani krisis ekonomi kini yang menyebabkan ramai rakyat berada di bawah garis kemiskinan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazir Helmi, berkata walaupun kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha menghadapi krisis itu, rakyat masih terkesan.

Malah, katanya, timbul risiko peningkatan inflasi yang berpunca daripada kenaikan mendadak harga komoditi, gangguan dalam rantaian bekalan pada peringkat dunia dan permintaan tinggi.

Beliau menjelaskan, permintaan tinggi melebihi penawaran menjadi antara faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Katanya, lebih membimbangkan apabila keadaan ekonomi dijangka bertambah buruk pada tahun depan.

Justeru, beliau berkata, jalan penyelesaian, tawaran dan dasar yang kukuh diperlukan untuk mengatasi masalah itu.

"PN bersedia dalam masa terdekat untuk membawa penyelesaian tuntas terhadap isu yang menggusarkan rakyat ini.

"Apa yang diperlukan oleh rakyat kini ialah satu solusi ekonomi yang sejahtera. Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat jika tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan," katanya dalam kenyataan, semalam.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo