NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM UK letak jawatan

LONDONLiz Truss meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah hanya enam minggu selepas dilantik.

Pemilihan kepemimpinan akan selesai minggu depan untuk menggantikan Truss, yang menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah British.

George Canning sebelum ini memegang rekod berkenaan apabila berkhidmat selama 119 hari pada tahun 1827 kerana meninggal dunia.

Bercakap di luar pejabatnya di Downing Street, Truss mengakui beliau tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, sekali gus kehilangan kepercayaan daripada partinya.


"Saya akui memandangkan situasi itu saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah bercakap dengan Raja untuk memberitahu baginda bahawa saya meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif," katanya. .

"Pagi ini saya bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady. Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepemimpinan yang akan diselesaikan dalam minggu depan.

"Ini akan memastikan bahawa kami kekal dalam laluan untuk melaksanakan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara kita," katanya.

Sementara itu Brady berkata pemilihan kepemimpinan bagi menggantikan Truss dan pemimpin Parti Konservatif perlu diselesaikan selewat-lewatnya 28 Oktober ini.

Berikut teks penuh ucapan Truss di Downing Street.

"Saya memegang jawatan ini ketika ketidakstabilan ekonomi termasuk di peringkat antarabangsa yang dahsyat. Golongan yang berkeluarga dan sektor perniagaan bimbang bagaimana untuk membayar bil mereka, perang yang tidak sah membabitkan Putin di Ukraine turut mengancam keselamatan seluruh benua kita, malah pertumbuhan ekonomi negara turut terbantut dalam tempoh yang panjang.

"Saya telah dipilih oleh Parti Konservatif dengan mandat untuk mengubahnya. Kami mengemukakan rancangan untuk membekukan bil tenaga dan pemotongan insurans nasional. Selain menetapkan visi untuk cukai yang rendah, ekonomi dengan pertumbuhan tinggi yang memberi kelebihan susulan kebebasan daripada Brexit.

"Saya sedar disebabkan keadaan semasa, saya tidak dapat menjalankan mandat diberikan melalui Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah bercakap kepada Raja bagi memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif.

"Pagi ini saya bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady. Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepemimpinan yang akan diselesaikan minggu depan. Ini akan memastikan bahawa kita kekal di landasan untuk merealisasikan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi serta keselamatan negara.

"Saya akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti dipilih. Terima kasih," katanya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri British, Boris Johnson dijangka bertanding mewakili Parti Konservatif bagi merebut jawatan menggantikan Truss.

Pemimpin lain yang dijangka menawarkan diri bertanding termasuk bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan bekas Menteri Pertahanan, Penny Mordaunt.

 Sumber | REUTER


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo