PUTATAN: PKR hari ini mengumumkan 10 calonnya di Sabah yang akan membawa cabaran parti itu menerusi tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Calon terbabit termasuk dua penyandang iaitu Pengerusi PH Sabah yang juga Ketua Cabang Tawau, Datuk Christina Liew yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tawau dan Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari di Parlimen Putatan.
Kerusi selebihnya ditandingi muka baharu iaitu Thonny Chee (Kudat), Madeli @ Modily Bangali (Kota Belud), Mustapha Sakmud (Sepanggar), Dikin Musah (Beaufort), Taufik Dahalan (Ranau), Datuk Sangkar Rasam (Pensiangan) dan Noraini Abdul Ghapur (Kalabakan).
Secara keseluruhan, PKR Sabah mendapat 11 daripada 25 kerusi Parlimen untuk ditandingi di Sabah, namun satu kerusi iaitu Kinabatangan belum diumumkan calonnya.
PKR menerima agihan terbesar kerusi dalam kalangan parti komponen PH di Sabah, diikuti DAP (tujuh kerusi), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (lima) dan masing-masing satu kerusi kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) serta Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan majlis menandatangani watikah calon parti itu, berkata perbincangan juga masih dilakukan di satu dua kerusi termasuk Kinabatangan, tetapi akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon pada 5 November ini.
Katanya, ia bukan sebab berlaku masalah atau perkara lain yang menghalang untuk menamakan calon di kerusi terbabit, sebaliknya hanya perbincangan lanjut dengan parti komponen PH selepas agihan kerusi dipersetujui.
"Kita antara paling awal umum, parti lain seperti UMNO, BERSATU belum umum lagi," katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment