NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perempuan Berperwatakan Lelaki Bakal Jadi Kesalahan Syariah Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 26 Oktober 2022
– Orang perempuan berperwatakan seperti lelaki termasuk dalam empat seksyen baharu yang bakal ditambah dalam pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang dijadual berlangsung bulan hadapan.

Selain itu, kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah serta persediaan melakukan liwat turut termaktub dalam empat seksyen tersebut.

Menurut Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd, pindaan terbaharu ini turut meletakkan perempuan yang berlagak lelaki juga sebagai satu kesalahan berbanding peruntukan sedia ada yang hanya lelaki berlagak sebagai perempuan sahaja dikira sebagai satu kesalahan.

Berdasarkan Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001, mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan.

Jelas beliau, cadangan pindaan itu merupakan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah Terengganu.

Hasil daripada kajian tersebut, sejumlah 21 seksyen serta empat seksyen yang diikuti oleh dua subseksyen baharu telah dicadangkan untuk pindaan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo