NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penggantungan tidak sah, kami masih ahli PBM, kata Haniza


PETALING JAYA:
Penggantungan Zuraida Kamaruddin dan 12 Ahli Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak sah kerana tidak mengikut prosedur ditetapkan, kata Timbalan Presiden Haniza Talha.

“Semua individu tersebut memegang jawatan selepas dipilih oleh ahli parti dan bukannya secara lantikan. Kalau lantikan presiden bolehlah dipecat tetapi kami ini dipilih oleh ahli parti,” katanya.

“Sehingga kini, mereka kekal ahli PBM dan sebarang penggantungan perlu mengikut prosedur ditetapkan. Mana boleh ahli dipilih dibuang macam itu sahaja, penggantungan ahli itu juga tidak sah,” lapor Sinar Harian.

Kemelut melanda PBM semakin parah apabila Sng menggantung keahlian dan jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Penggantungan itu dibuat kerana Sng mendakwa penglibatan individu berkenaan yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinan.

Selain Haniza dan Zuraida, mereka lain digantung ialah Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Chua Lian Chye, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Tindakan itu dibuat sehari selepas Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid digantung jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Tambah Haniza, sebarang keputusan mesti ditentukan dalam mesyuarat dengan menggunakan saluran yang betul.

“Apa-apa keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat dan tidak boleh salah guna kuasa dengan hanya memaklumkan penggantungan ahli menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dia (Larry) tidak melihat perlembagaan. Ini kerana apa-apa keputusan perlu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, persidangan agung tahunan parti.

“Bukan dengan tindakan seperti ini yang mana keputusan dibuat secara berseorangan untuk pecat serta gantung keahlian seseorang. Dia tidak boleh salah guna kuasa dan semua perkara kena ikut prosedur dan perlembagaan ditetapkan,” jelasnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo