NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penat sental tapi kesan kuning dalam mangkuk tandas tak hilang? Apa kata cuba tuang air Coke



KESAN
kekuningan pada tandas mahupun lantai bilik air berjubin yang dipanggil limescale pasti merunsingkan suri rumah.

Sudahlah penat mengemas rumah seharian, tandas pula sukar dicuci walaupun disental kuat.

Pelbagai jenis peluntur berjenama daripada jenis murah sehingga mahal dan bahan kimia sudah digunakan, namun kesannya tetap tidak memudar.

Petua yang dikongsikan seperti campuran soda penaik dan cuka juga tidak membantu menghilangkannya meskipun disental kuat.

Bagi para ibu yang berhadapan situasi seperti itu, anda boleh cuba menggunakan apa sahaja jenis air cola atau minuman bikarbonat seperti Coca Cola dan Pepsi.

Memetik perkongsian seorang pelayar Facebook, Patricia Murdon yang dilaporkan express.co.uk, hanya dengan membiarkan permukaan lubang jamban ditakungi air bikarbonat semalaman, masalah limescale akan hilang sepenuhnya.

Dengan penggunaan cola, anda tidak perlu lagi menyental kuat bilik air.

Dengan penggunaan cola, anda tidak perlu lagi menyental kuat bilik air.

Pandangannya itu dipersetujui ramai individu yang pernah melakukannya sebelum ini.

"Ramai yang mencadangkan peluntur berjenama, tapi menggunakan cola adalah langkah terbaik untuk membuang kesan kekuningan pada tandas.

"Caranya adalah dengan menuang sebotol besar cola ke dalam tandas dan biarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Mana-mana cola pun boleh digunakan," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pelayar Facebook turut bersetuju dengan kata-kata Patricia dan memaklumkan ia adalah lebih efektif berbanding penggunaan soda penaik dan cuka putih.

"Saya melakukan seperti ini... kotoran hilang pada waktu pagi tanpa perlu menggosok," ujarnya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo