NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelepasan untuk mahasiswa pulang pengundi adalah langkah demokratik

Mahasiswa diminta gunakan sebaiknya pelepasan pulang untuk mengundi. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelepasan kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), disifatkan sebagai langkah demokratik.

Naib Presiden Siswa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhammad Danial Alimin, berkata pelepasan itu antara lain akan memberi ruang kepada mahasiswa melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Beliau menerusi kenyataan media malam ini, turut menyeru institusi pendidikan lain supaya mengambil pendekatan serupa seperti dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain itu, beliau menyeru mahasiswa menggunakan peluang pelepasan diberikan KPT itu untuk bersama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15.

"GPMS melihat langkah ini akan menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian dalam proses pilihan raya secara aktif dan cakna mengenai sistem berkenaan, terutama bagi pengundi baharu.

"Kita berharap pentadbiran universiti dapat menyahut seruan KPT dan tidak menghalang atau menyukarkan mana-mana mahasiswa untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing.

"Mana-mana mahasiswa berdepan halangan untuk pulang ke kawasan mengundi, diminta melaporkan kepada GPMS melalui Facebook rasmi kami," katanya.

Terdahulu, KPT dilapor bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan selama lima hari kepada semua pelajarnya untuk pulang mengundi pada PRU15, bermula 17 hingga 21 November ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 15 November.

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, Undi18 sudah diwartakan dan individu berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15.

From: YM



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo