NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hampir 200 terkorban banjir di Niger

Orang ramai bergerak menggunakan bot selepas kenderaan ditinggalkan di lebuh raya yang terhalang akibat banjir. - AFP

NIAMEY (NIGER): Banjir akibat hujan lebat di Niger menyebabkan 195 terbunuh dan menjejaskan lebih 322,000, satu angka rasmi yang dilaporkan pihak berkuasa pada Sabtu.

Musim hujan tahun ini dianggap antara paling membawa maut dalam sejarah negara Afrika Barat itu.

Dilaporkan sehingga semalam, seramai 59 maut akibat lemas dan 136 lagi meninggal dunia dalam rumah yang runtuh. Angka dilaporkan Perkhidmatan Perlindungan Awam yang dilihat AFP turut melaporkan 211 orang tercedera.

Awal bulan ini, banjir musim hujan meragut 192 nyawa dan menjejaskan lebih 263,000 orang di Niger, yang terletak di tengah-tengah Sahel yang gersang.

Hujan merosakkan lebih 30,000 rumah, 83 bilik darjah, enam pusat kesihatan dan 235 kedai bijirin.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Maradi dan Zinder di tengah negara, selain Dosso di barat daya dan Tahoua di barat.

Musim hujan yang bermula Jun dan boleh berlarutan sehingga Oktober, kerap meragut nyawa, namun kadar kematian tahun ini dianggap amat serius.

Foto menunjukkan gereja dan bangunan lain ditenggelami banjir di sepanjang lebuh raya timur-barat di Niger. - AFP


Sepanjang tahun lalu, seramai 70 orang terbunuh dan 200,000 yang lain terjejas. Jumlah kematian pada 2020 pula seramai 73 orang.

Di negara jiran Nigeria, lebih 600 dilapor meninggal dunia sejak Jun dalam banjir paling dahsyat dalam sedekad.

Ketua agensi meteorologi negara, Katiellou Gaptia Lawan, berkata hasil kajian pihaknya boleh mengaitkan hujan dengan perubahan iklim.

"Hujan adalah lebat, manakala air larian tidak lagi boleh masuk ke dalam tanah dan puncanya kerana ia telah didegradasi oleh aktiviti manusia," katanya. - AFP




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo