NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tiada tokoh yang layak membawa kemajuan negara ?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Sebut sahaja PH, orang terbayangkan DS Anwar Ibrahim yang hebat, Rafizi Ramli yang genius, Dr Mujahid yang cherdik, Khalid Samad yang power, Bangmat yang lucu, LGE yang jujur bagai khalifah, dan ramai peguam, profesional dalam PH yang disangka-sangka mampu membawa perubahan ke arah kemajuan negara.

2) Sebut pula BN, terkenang-kenang akan kejayaan DS Najib Razak memacu ekonomi negara, kehebatan pembangunan infrastruktur yang bukan hanya sembang kosong - memang dapat dilihat depan mata. Terbayang kehebatan menteri-menteri BN yang berkot bertali leher muncul di kaca-kaca TV bercakap dengan begitu profesional dan meyakinkan dan sebagainya.

3) Tetapi, apabila disebut PAS, orang terbayangkan Kelantan yang mundur. Orang terbayangkan pak-pak lebai berkopiah berserban berjubah sekonyong-konyong masuk pejabat nak tadbir apa entah. Orang pernah tersinis ketika TG Nik Aziz masuk pejabat MB kali pertama - reti ka Tok Guru pondok tadbir negeri? Masuk Ustaz Azizan ke wisma Darulaman sebagai MB, orang terdetik, apa yang pak lebai PAS boleh buat? Reti ka? 

4) Tetapi pandangan orang mula berubah sedikit-demi sedikit apabila melihat perubahan yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah PAS. Almarhum Ustaz Azizan walau mendepani serangan bertubi-tubi daripada pihak yang kalah, beliau berjaya membuat perkara yang pentadbiran sebelumnya gagal. Siapa tidak tahu isu pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang terbengkalai hampir 30 tahun - berjaya diselesaikan oleh Pak Lebai Ustaz Azizan - dengan wajah baru - Aman Central. Siapa sangka Kolej Insaniah diusahakan menjadi sebuah Universiti dan dibangunkan Kampus tetap yang tersergam indah di Kuala Ketil - diusahakan oleh Pak Lebai satu penggal sahaja? Hotel-hotel patuh Syariah di Langkawi dan banyak lagi urus tadbir yang cekap.

5) Stadium runtuh di Terengganu ketika pentadbiran lama, cuba dibaiki dengan kos jutaan ringgit oleh pentadbiran lama, namun masih gagal dibaikpulih. Datang pemimpin Parti Lebai selepas menang PRU14, selesai masalah stadium runtuh - dibaiki dan diupgrade cemerlang oleh pemimpin parti Lebai. Jambatan Angkat yang dipalit pelbagai isu dan kontroversi untuk siap, juga diselesaikan pada zaman pentadbirah parti Lebai. Tanah-tanah rakyat diberikan geran kepada yang berhak tanpa birokrasi yang memenatkan. Hutang-hutang kerajaan negeri telah berjaya dibayar lebih 60% kepada pusat - tanda kecekapan pengurusan. Tetapi apabila disebut PAS, orang masih termakan dengan propaganda parti kampung lebai kelarah.

6) Projek Pusat Bekalan Gas, Loji Janakuasa Pulau Bunting bakal merubah kawasan pesisir pantai Yan, Kedah. Sebelumnya projek kontroversi ZIPY oleh pentadbiran dahulu kala, kemudian ditukar kepada SULIHH, kemudian cuba diZIPY-kan semula - telah menghabiskan jutaan ringgit tanpa apa-apa hasil. Pelabur hilang keyakinan. Datang Pak Lebai Sanusi, setelkan masalah - akhirnya termeterai projek Pusat Bekalan Gas, Loji Janakuasa Pulau Bunting. Kerja-kerja pembinaan dan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut bermula - setelah ZIPY dan SULIHH gagal. Kalau Pak Lebai tak reti mentadbir, bagaimana mahu selesai?

7) Projek Lapangan Terbang Kulim, kita dengar sejak zaman MB Mukhriz BN lagi. Berperang mulut antara MB Mukhirz dengan kerajaan DAP Pulau Pinang. Bukan saja-saja umum. bahkan sebelum pengumuman untuk membina Kulim Airport, tanah-tanah di Kulim telah dikaut beli oleh kroni-kroni - kerana mereka tahu nilainya akan melonjak. Orang kampung taktahu. Kemudian apabila jadi MB Mukhriz PH, peranangan ini menjadi flip-flop. Nak buat ka taknak buat. Sebab dah berkawan dengan DAP dalam PH. Selepas persitiwa durian luruh, Lebai Sanusi jadi MB, dia mahu muktamadkan flip-flop keawang-awangan plan Kulim Airport tersebut. Maka dia berjaya menyusn atur sehingga pembinaan Airport dimulakan setelah lama keterawang-awangan. Memang bukan idea dia, tapi alang-alang dah dirancang dan duit telah habsi banyak, kenapa teragak-agak lagi. Lebai tolong setelkan.

8 ) Terbaharu, projek WIDAD- Langkasuka di Langkawi. Satu projek mega bernilai pelaburan RM40 bilion untuk disiapkan dalam tempoh 15-20 tahun. Sebelumnya kawasan terbabit telah diberikan tender kepada satu syarikat oleh pentadbiran terdahulu. Akibat tidak membayar premium, kontrak syarikat terbabit ditamatkan dan rampasan dibuat. Kawasan tersebut menjadi kawasan terbengkalai bertahun-tahun. Datang Lebai Sanusi urustadbir, ada kesanggupan pihak WIDAD - kerajaan negeri dan syarikat menandatangani projek mega tersebut mengikut SOP dan prosedur sesebuah pelaburan.

9 ) Semua contoh ini hanya sebahagian kechil kerja buat pak-pak Lebai apabila memerintah. Pak-Pak Lebai jadi tukang bayar hutang pentadbiran terdahulu, jadi tukang repair kerosakan yang dibuat pentadbiran lalu, jadi tukang cuci dosa-dosa pentadbiran lalu. Mau satu dua penggal baru nak boleh cuci habis. 

10) Siapa sangka orang tak nampak pun figure PAS yang mampu mentadbir, tetapi apabila diberi amanah, mereka buat sehabis baik. Nak tahu kerja buat Lebai, jangan tanya budak-budak macaitrupers. Tanyalah MIDA, UPDA, statistik-statistik rasmi dan sebagainya. Dulu orang tak kenal pun Sanusi. Sekarang semua orang kenal, sampai ke anak Raja pun kenal šŸ‘½. Pelabur-pelabur luar mula kenal Sanusi dan Kedah atas polisi pelaburan yang unik. Nak tau unik ka tak unik, pergi study dengan MIDA, MITI etc. Bukan telan troll-troll yang memperlekeh di media sosial.

11) Apakah dengan kemampuan Lebai ini bermakna orang parti lain tidak reti tadbir pula? Tidak. Setiap orang, setiap parti politik - pasti ada orang yang reti mentadbir urus. So, tak perlu nak generalize biula sebut PAS, semua orang PAS tak reti tadbir. Sebut PH, semua orang PH liberal. Sebut BN, semua orang BN kaki rasuah dan penyamun. Tak betul begitu sudara-sudari sekalian. 

12) Buanglah cara berfikir yang tersangat mudarat begitu. Negara kita mendepani kemelut dan krisis yang teruk, bukan hanya kerana pemimpin yang rakus, tidak cekap dan menyeleweng. Tetapi punca utamanya adalah daripada kita, rakyat - yang masing-masing menyemai kemungkaran dengan cara politik kebencian, chauvinis, rasis, memperlekeh orang lain, tidak reti bersyukur dan seumpamanya. Atas kemungkaran tersebutkan itulah, Tuhan mentakdirkan pemimpin yang tidak cekap, menyeleweng, kleptokrat, dan sebagainya. Muhasabah.

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo