NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sudah muktamadkan senarai calon PRU15


BANGI, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa
– PAS telah memuktamadkan senarai calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kesemua telah lengkap dan akan diumumkan tidak lama lagi, demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

“PAS sudah bermesyuarat dan memuktamadkan senarai calon. Semua sudah lengkap. Tunggu hari kejadian,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai tersebut.

Sementara itu, Idris sehingga kini masih lagi berteka-teki sama ada akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Beliau, turut disebut-disebut akan bertanding kerusi itu pada pilihan raya akan datang.








............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo