NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS ‘melawan arus’ dan mencipta masa depan baharu


SATU masa, bila sebut politik, orang akan gandingkan dengan rasuah. Masuk politik mesti makan rasuah, naik dalam politik mesti dengan rasuah.

Setiap kali berita, ada sahaja dipaparkan pemimpin politik (BN dan PH) diheret ke muka pengadilan kes rasuah dan penyelewengan. Suasana politik dipenuhi dengan berita korupsi.

Tiba-tiba PAS datang nak menongkah arus budaya politik rasuah. Bukan melalui kata-kata, tapi praktikal sebagaimana dibuktikan di Kelantan; bukan setahun, tetapi selama 32 tahun pentadbiran sejak tahun 1990, tiada sabitan kes rasuah.

Sukar untuk rakyat terima kerana politik kita sudah lama diasuh dengan rasuah. Satu ‘kejutan’ pula bagi rakyat bila politik itu disandingkan dengan integriti.

Begitu juga ketika kita dihidangkan dengan suasana politik tipu rakyat. Politik mungkir janji manifesto. Hingga rakyat putus asa dengan orang politik. Terutama pasca Kerajaan PH.

Tatkala itu juga PAS tiba-tiba hadir menerjang badai politik tipu rakyat. Tersebar ke seantero negara, 90 peratus (18 daripada 20) manifesto PAS Terengganu telah ditunaikan dalam tempoh 4 tahun.

Terkejut semua orang, seolah-olah satu ‘miracle’. Rakyat terkesima, penyokong PH terketar-ketar, mana ada orang politik tunaikan janji. PAS kahwinkan politik dengan tunai janji.

Begitu jugalah sebagaimana orang tak percaya ada politik integriti dan politik tunai janji. Orang juga tak percaya PAS parti lebai boleh urus dan tadbir ekonomi.

Sekali lagi, lebai PAS memecahkan tembok persepsi ini juga dengan pelaksanaan di Kedah apabila berjaya menarik berbilion-bilion pelaburan ke negeri Jelapang Padi Negara itu.

Rakyat juga tak boleh percaya, mana mungkin lebai berkain pelikat boleh tarik pelabur buka kilang kereta Porsche di Kedah. Ini satu yang mustahil pada akal.

PAS sajikan politik-integriti, rakyat sukar terima, kerana sudah ditanam politik-korupsi. PAS hidangkan politik-tunai janji, rakyat terkesima kerana bagi mereka politik mesti tipu rakyat.

Begitulah juga bila PAS cakap pasal bilion-bilion ringgit dan naik kereta Porsche. Rakyat terkebil-kebil, ‘Biar betul Pak Lebai nie’? Patut PAS kira duit syiling dan naik kereta lembu je.

PAS bukan cakap saja. PAS terjun ketengah lembah politik hitam, membawa cahaya putih. Selamatkan negara, selamatkan rakyat, selamatkan politik.

Ramai yang melihat cahaya ini sebenarnya, tapi gerun untuk mendatangi kerana sudah terlalu lama diperam dalam kegelapan politik.

Marilah sentuh cahaya putih bulat ini, anda pasti teruja.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo