NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS dah berubah, gabungan dengan Bersatu suatu yang memungkinkan kemenangan


PETALING JAYA:
Gabungan dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan beban bagi Bersatu kerana parti itu sudah berubah, apatah lagi dengan pengalaman politiknya yang cukup panjang, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Saya tak rasa itu satu beban langsung kerana PAS sudah berubah dan ia antara satu parti yang cukup lama di tanah air. Parti itu dah matang dan telah melalui banyak episod politik di negara kita.

“Kepimpinan utama PAS bukan dalam kalangan ustaz sahaja. Lihat menteri mahupun timbalan menteri di persekutuan yang mewakili PAS dalam Perikatan Nasional, mereka terbukti boleh buat kerja profesional,” kata Ketua Pemuda Bersatu itu dalam wawancara dengan Astro Awani.

Beliau berkata, orang ramai tidak boleh dimomokkan dengan propaganda lama bahawa PAS sudah lapuk atau parti itu terdiri daripada golongan “pak lebai”.

“Lagipun pak lebai ni bersih dan tiada rasuah. Di Kelantan dan Kedah, pak lebai ni lah yang berjaya menaikkan semangat pengundi Melayu,” katanya.

Sementara itu, Wan Fayhsal berkata wujudnya kelemahan jentera iaitu integrasi antara PAS dengan Bersatu dan terlampau menumpukan isu yang lari fokus dalam kalangan orang Melayu seperti 1MDB, menyebabkan kegagalan gabungan berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Jadi untuk PRU15 kali ini, kami akan tumpukan terus kepada apa yang boleh dilakukan terhadap rakyat. Rakyat sudah tahu apa itu rasuah, tak perlu ulang banyak kali, yang rakyat nak tahu ialah usaha kami sebagai kerajaan yang akan datang bakal dibuat untuk mereka.

“Ini yang saya rasa ‘post-mortem’ utama yang akan kami buat selepas PRU15 nanti,” katanya.

Pada PRN Melaka, PN meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi hanya menang dua iaitu DUN Sungai Udang dan Bemban.

Manakala pada PRN Johor, gabungan itu hanya menang di tiga kerusi iaitu Bukit Kepong, Endau dan Maharani, daripada 56 kerusi ditandingi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo