NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Orang tiada kuasa nak kuasa itulah tamak’


KOTA BHARU:
Pihak yang mendakwa negeri-negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebagai tamak menunjukkan pihak terbabit tidak memahami maksud tamak kuasa.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan pihak yang mempertikaikan tindakan beberapa negeri yang tidak serentak membubarkan DUN bukan tamak kuasa.

“Siapa tamak kuasa? Orang yang tiada kuasa nak kuasa itulah yang tamak.. yang dah ada kuasa tamak apa?

“Kita macam kontraklah, kontrak kita habis bulan Mei, kenapa nak resign (berhenti) awal? Bukankah sampai bulan Mei penggal kita? Kenapa tak boleh sabar? Itu isunya,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Terdahulu Presiden Umno Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, negeri-negeri pentdbiran Pakatan Harapan (PH) tamak kuasa kerana tidak membubarkan DUN mereka.

Menurutnya gabungan PH bimbang kehilangan kuasa menyebabkan mereka menuduh BN yang tamak kuasa.

Mohd Amar berkata, beliau tidak nampak kenapa Umno mahu mengadakan pilihan raya tergesa-gesa sedangkan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri masih stabil.

Bahkan kata beliau, pembangkang turut memberikan sokongan kepada pentadbiran sedia ada.

Baru-baru ini negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan mengumumkan tidak akan membubarkan DUN sekiranya parlimen dibubar akhir tahun ini.

Tindakan itu diambil mengelakkan PRU pada musim tengkujuh dan tumpuan membantu rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup. – HARAKAHDAILY 11/10/2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo