NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesyuarat Majlis Presiden PH: Status pembubaran tiga negeri diketahui hari ini?


PETALING JAYA :
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai persiapan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), serta keputusan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor di bawah pentadbiran PH sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di ibu pejabat PKR kira-kira jam 10.12 pagi tadi.

Turut dilihat hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil serta beberapa barisan kepimpinan PH.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sidang media akan dijalankan atau tidak selepas mesyuarat itu selesai.

Astro AWANI
akan membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenai mesyuarat ini. - Astro







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo