NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nor Azita ganti Najib di Pekan?


KUALA LUMPUR –
Cakap-cakap politik kini tertumpu kepada Parlimen Pekan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak lama lagi.

Sumber sebuah parti mendakwa Parlimen Pekan yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal bertukar tangan.

Menurut beliau, kerusi itu akan ditandingi Pegawai Khas Najib, Datuk Nor Azita Abdul Rahman.

“Beliau (Datuk Azita) mungkin akan diberikan peluang untuk bertanding di Pekan,” kata sumber berkenaan yang turut berkongsi senarai 14 calon kerusi Parlimen di Pahang kepada MalaysiaGazette.

Semalam, media melaporkan UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan Najib sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen itu pada PRU15.

Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Selain Azita, bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin turut dikatakan akan dibawa ke Parlimen Raub; Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Siti Hajar Mubin ke Parlimen Jerantut.

BN turut dikhabarkan menurunkan calon muka baharu bagi Parlimen antaranya Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar untuk kerusi Parlimen Kuantan; Muhammad Faiz Hashim (Indera Mahkota); bekas ADUN Kuala Setul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Maran), Ketua UMNO Temerloh, Datuk Seri Shakar Shamsudin (Temerloh); Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (Paya Besar) manakala MCA kekal bertanding di Parlimen Bentong.

Ahli Parlimen yang mengekalkan kerusi masing-masing adalah Datuk Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau), Datuk Seri Hasan Ariffin (Rompin) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera).

Dalam pada itu, anak Najib, Nizar dipercayai akan bertanding di DUN Chini menggantikan Mohd Sharim Md Zain. – MalaysiaGazette







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo