NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak undi siapa di Tambun?


Saya pengundi TAMBUN walaupun menetap di Cyberjaya. Setiap kali PRU saya akan balik kampung, jalankan kewajipan saya.

PRU kali ini, Tambun jadi tumpuan. Kerusi panas kata orang. Kerana yang bertanding di situ giant-giant belaka.

Satu Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dan seorang lagi wakil PN, Menteri Belia dan Sukan (interim).

Yang calon BN belum umum lagi. Saya percaya mereka akan hantar set-set giant juga.

Tambun ini 66% pengundi Melayu. Jumlah pengundi PRU14 dulu, 107ribu orang. Populasi nya kebanyakan golongan menengah M40 dan ramai juga B40. DUN ada 2: Manjoi dan Hulu Kinta. Manjoi ni pula merupakan Kampung Melayu terbesar di Malaysia.

Walau majoriti orang Melayu, Tambun antara seat kritikal. Bukan kerusi selamat untuk siapa saja. BN pun pernah kalah.

PAS pun ada pengaruh di sana. Pengundi bukan Melayu 34% juga. Makanya susah nak jangka.

Tambun akan jadi kayu ukur kali ini. Mengenai sentimen Melayu ke atas Anwar Ibrahim. Boleh kah mereka terima dia sebagai Perdana Menteri?

Ia juga jadi medan untuk tentukan masih relevankah Parti Bersatu dalam konteks politik Malaysia. Bila mana Timbalan Presiden sendiri bertanding.

Bagi BN pula, perpecahan antara PH dan PN ini mungkin boleh menguntungkan mereka. Mungkin jadi mercu tanda BN boleh bangkit semula.

Yang pasti, saya sebagai pengundi Tambun masih lagi belum buat keputusan siapa yang saya nak pangkah. Saya nak cadangkan debat antara calon nanti, insya allah. Kita tanya mereka-merka ini dengan soalan susah.

Strategi saya, saya akan aplikasi teori SAFT (Siddiq, Amanah, Fatanah, Tabligh)pada mereka ini dan akan pilih the yang kurang jahat (lesser evil) /

Sesungguhnya saya percaya tiada seorang politikus pun yang sempurna.
 
Liyana Marzuki
merupakan seorang aktivis politik dan aktif menulis mengenai isu semasa dan politik di laman facebooknya.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo