NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin kekal bertanding di Pagoh


JOHOR BAHRU:
Perikatan Nasional (PN) yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja mampu mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), malah, mampu mencipta kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Timbalan Pengerusi PN Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, keyakinan itu turut dibantu keputusan Pas untuk kekal dalam gabungan tersebut.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yakin Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti lebih besar termasuk menerusi sokongan ahli-ahli Pas dengan parti itu kekal dalam gagasan PN pada PRU15 ini.

“Tan Sri Muhyiddin dan calon-calon PN di seluruh negara juga dijangka menerima sokongan pengundi baharu dan Undi18 serta ramai lagi pengundi sedia ada kerana mahu merealisasikan aspirasi mewujudkan kerajaan bersih, berintegriti dan berprestasi tinggi selain prihatin dan komited memerangi rasuah di segenap peringkat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Solihan yakin kedudukan Muhyidin di Parlimen Pagoh tidak tergugat walaupun UMNO memaklumkan mereka menerima kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep baru-baru ini.

“Jelas tindakan Najib menyertai UMNO untuk menyambung talian hayat karier politiknya yang kian malap sebagai ahli bebas dan beliau boleh berangan menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Pagoh pada PRU15 ini atau calon di DUN Bukit Pasir pada PRU16 lima tahun lagi walaupun setakat meraih 1,860 undi di DUN itu pada PRN lalu.

“Pada masa sama, UMNO menerima keahlian bekas ahli Pas itu pula merasakan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan daripada Najib tetapi bukan untuk meletakkan beliau sebagai calon di DUN Bukit Pasir atau kerusi Parlimen Pagoh kerana UMNO lazimnya jarang memberi laluan mudah kepada bekas ahli Pas untuk dilayan sedemikian,” jelasnya.

Pada 18 Oktober lalu, Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed memberitahu bekas ADUN Bukit Pasir daripada Pas itu menyertai UMNO Cawangan Selancar bagi meneruskan perjuangan politiknya.

Pihaknya menerima permohonan Najib untuk menyertai UMNO pada 31 Mei lalu yang turut disertai 60 lebih penyokongnya. –UTUSAN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo