NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohd Amar dakwa UMNO 'tak kisah' pertembungan di 27 kerusi kritikal


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui PAS mengajak BERSATU dan UMNO bekerjasama mengelak pertembungan ketiga-tiga parti di 27 'kerusi kritikal' pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun ada parti yang 'tidak kisah'.

Beliau berkata, semua parti terbabit tahu jika berlaku pertembungan, ia akan memberi ruang kepada Pakatan Harapan (PH) menang di kerusi terbabit, namun mendakwa UMNO dilihat seperti tidak mempedulikan risiko itu.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan berkenaan tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

"Berdasarkan alasan itu (mengelak PH menang), kami mendesak kerjasama tiga parti, iaitu PAS serta BERSATU di bawah Perikatan Nasional (PN) dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) bekerjasama untuk mengelak berlaku pertembungan.

"Bagaimanapun, UMNO dilihat tidak kisah pertembungan di 27 'kerusi kritikal' ini," katanya pada sidamg media selepas menghadiri Karnival Panchor Sejahtera di Kompleks Tarbiah, Panchor, di sini hari ini.

Mohd Amar mengulas laporan portal berita mengenai kenyataan seorang pemimpin PAS bahawa BERSATU sudah dimaklumkan supaya tidak berlaku pertembungan di 27 'kerusi kritikal' dengan UMNO.

Dalam laporan berkenaan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki dipetik berkata, ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan PH selepas BN dan PN memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, berkata setiap kali PRU, akan ada muka baharu dalam kalangan calon PAS, biasanya membabitkan 30 peratus.

"PAS Pusat sudah menentukan pembahagian kerusi dan akan dibincangkan bersama pimpinan PN dalam masa terdekat. Bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum hari penamaan calon, insya-Allah kita akan isytiharkan pembahagian kerusi berkenaan.

"Setakat ini saya sendiri masih belum dapat membuat sebarang pengumuman," katanya memberi jaminan tidak akan berlaku perselisihan faham berkaitan pembahagian kerusi dalam PN kerana semua parti dalam gabungan itu membawa objektif yang sama.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo