NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengaku cicit nabi: Orang ramai dinasihat berhati-hati


SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.
Peringatan tersebut dibuat bagi menjawab soalan pengguna maya yang meminta penjelasan Jakim mengenai dakwaan bahawa lelaki itu ada melakukan penipuan wang dan nasab.
“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.
“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” katanya pada Selasa.
Jelas Jakim, pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.
“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri.
“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau,” ujarnya.
Pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit. - Kenyataan dimuat naik Jakim di Facebooknya pada Selasa.



Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan melarang ceramah atau program sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu. -Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo