NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Tinggi Arah Jho Low Bayar Tunggakan Cukai RM1 Bilion


PULAU PINANG,
18 Oktober 2022 – Mahkamah Tinggi di Georgetown telah membenarkan permohonan penghakiman terus dikemuka Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan semula tunggakan cukai lebih RM1 bilion daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

“Saya dengan itu membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman sebanyak RM1,053,972,936.58 dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman (17 Okt) hingga tarikh realisasi penuh,” kata Pesuruhjaya Kehakiman Kenneth Yoong Ken Chinson St James.

Beliau juga memutuskan bahawa “tiada isu boleh dibicarakan mahupun isu lain” yang memerlukan perbicaraan penuh dan meneruskan penghakiman terus yang merupakan prosiding di mana mahkamah memutuskan kes menerusi hujahan bertulis sahaja.

Sebelum ini, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jho yang dipercayai sedang berada di Macau atau China, gagal mengemukakan penyata cukainya bagi 2013 dan 2014 berjumlah lebih RM1.05 bilion, kata pihak LHDN yang juga memaklumkan bahawa telah memfailkan saman tahun lalu bagi mendapatkan jumlah cukai berkenaan.

Dalam pembelaan, Jho Low mendakwa bahawa dia “tidak mempunyai sebarang akaun bank di Malaysia sepanjang tahun taksiran 2013 dan 2014” dan dia tidak menjalankan apa-apa perniagaan di Malaysia dalam tempoh terbabit.

Walau bagaimanapun, mahkamah menolak pembelaannya atas alasan kedua-dua pembelaannya itu bukan pembelaan bagi tuntutan cukai.

Justeru, Notis Merah Interpol sudah dikeluarkan terhadap Jho Low termasuk rakan sekutunya, Tan Kim Loong, bekas peguam 1MDB, Loo Ai Swan dan bekas pengarah eksekutif 1MDB, Tan Tang Keng Chee dan Geh Choh Heng, berhubung peranan mereka dalam 1MDB.

Semalam, samudera.my melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jho dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng kerana menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan sedemikian selepas mengeluarkan waran komital susulan permohonan yang dibuat oleh peguam bela 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Messrs. Skrine, salah satu firma guaman terbesar di Malaysia.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo