NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 400 ahli Umno Bachok umum keluar parti


BACHOK
: Ketika Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan terhadap Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke-10, sebaliknya sebahagian ahli Umno di sini mengumumkan keluar dari parti itu.

Ketua Bahagian Bersatu Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, semalam 82 ahli Umno di Kampung Kemasin, Dun Pantai Irama mengumum meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.

Kata beliau, kebanyakan mereka tediri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan.

“Mereka meninggalkan Umno pada program Jelajah Selamat Tinggal Umno yang dianjurkan Bersatu Bachok diadakan di Kedai Kopi Kampung Kuala Kemasin.

“Mereka menyerahkan borang menyertai Bersatu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kelantan pada kenyataan semalam.

Hadir sama Pengerusi Badan Pimpinan Negeri, Dato’ Kamarudin Mohd Nor.

Zulkifli juga berkata, pihaknya menyasarkan lebih 5,000 ahli Umno menyertai Bersatu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau yakin sasaran itu menjadi kenyataan berdasar perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Kata beliau dengan gelombang keluar Umno di Kelantan sekarang usaha Bersatu untuk mengumpulkan 15,000 ahli baharu di Bachok akan menjadi kenyataan.

Zulkifli juga berkata, program ‘Selamat Tinggal Umno’ akan diterus sepanjang tempoh berkempen PRU15.

Sebelum itu bekas Ketua Cawangan Umno Senok Tok Pakeh Che Ramli Haron bersama 338 ahli Umno turut mengumumkan keluar dari Umno.

Katanya beliau terharu memandangkan ramai ahli dan penyokong Umno mengikut jejak langkahnya.

Katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno cawangan Senok Tok Pakeh secara sukarela keluar dari parti itu dan menyertai Bersatu.

“Saya sangat kecewa dengan kepimpinan Umno bahagian dan hilang keyakinan kepada pimpinan Umno pusat.

“Pimpinan Umno hanya memikirkan tentang kuasa dan kedudukan mereka tanpa mengambil kira kehidupan rakyat di bawah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/10/22







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo